Thursday, December 25, 2008

Jom Tatih

Phewitttt!!!

Cedapnyee Biskut Cicah Milo Niee..

Fining Daaa

Wednesday, November 19, 2008

Muke Huduh Saye

Saturday, November 15, 2008

Sekitar Birthday Party Muhammad Darwisy Yang Pertama




















Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana dengan izin dari-Nya, besday party Muhammad Darwisy yg diadakan pada 9 November 2008 yg lalu telah selamat berlangsung dengan jayanya. Yg sebenar2nye, besday M.Darwisy jatuh pada 8/11, tp oleh kerana hari tu yayah keje, so tak dapatla nak buat majlis, tunda keesokan harinya. Ibu dan ayah pilih menu yg simple je,padanla dengan bajet yg ada di tangan masa tu. Hehe.. Al-maklum ler, baru balik dari braye kat semenanjung. Sebulan lagi tu. Bak kate orang, 'poket kering' gitu... ;) Kalau nak tau, menu untuk besday Darwisy aritu ialah bihun goreng, rendang ayam, karipap, puding jagung, rojak buah, kek (kiwi & blueberry), keropok, gula-gula (macam2 adaa) dan air sirap pandan. So,ibu nak amik kesempatan ni nak ucapkan terima kasih la yg tak terhingga pada semua yg dah datang memeriahkan sambutan hari jadi anak ibu yg sorang ni. Untuk Cik Su, thanks ye sebab tolong bubu potong buah, goreng kopok n layan tetamu2. Pendek kate, aritu Cik Su pon jadik tuan rumah same la.. Hehe... Opss.. sebelum terlupe, time kasih juga ye pada semua yg telah menghulurkan hadiah kepada besday boy aritu. Bak kate org "Terima kasih daun keladi, lain kali hulur2 la lagi ye". Hehe. Byeeee




Thursday, September 18, 2008

Detik-Detik Kelahiran Darwisy Tersayang

Wokey.. Sekarang ibu nak cite serba sedikitla pengalaman ibu sepanjang mengandung hinggalah saat melahirkan anak ibu ni. Untuk pengetahuan semua, time pregnant dulu ibu telah disahkan menghidap 'diabetes semasa mengandung'. Tapi Alhamdulillah la, penyakit tu sekadar nama saje pada kandungan ibu sebab sepanjang ujian darah dijalankan, kandungan gula dlm darah ibu sentiasa berada pada paras normal. Kandungan ibu pon sihat walafiat kata doktor. Semua tu tanda kasih dan sayang Allah yang tak putus2 pada umatnya. Syukur Alhamdulillah.

Sepanjang mengandungkan adik, ibu pon tak terlepas dari 'penyakit org mengandung' ni.. apelagi kalau bukan morning sickness. Bau busuk sikit jek nak muntah. Tapi tak muntah pon, loya2 jela. Tapi kalau ibu makan, biasanya mmg ibu akan muntah. Ibu plak mmg takda selera mkn tau time mula2 pregnant dulu. Satu hari tak makan pon takpe. So, bila dah tak makan tu, ubat yg doktor kasik pon ibu 'miss' jugakla. Huhu. Tapi ibu syukur sesangat sebab alahan tu cuma kejap je ibu alami. Dalam sebulan kot, ibu pon dah tak brape ingat daa.. Lepas tu Alhamdulillah la.. ibu mmg tak alami pepe alahan langsung sampaila adik selamat dilahirkan. Sakit2 pinggang ke, mengah2 (sesak nafas) ke, ape pn takda. Rasa cam tak pregnant pulak, selain perut yg makin memboyot la. Hehe.. Kalau adik nak tau, ibu siap leh teman cik gha shopping raye lagi tau. Masa tu dah 8bulan lbh rasenye. Exercise la kira2nye tu. Satu lagi pengalaman ibu yg ibu nak kongsi kat sini ialah sepanjang ibu duk kat kl, kat umah arwah atok tu kan, transport yg ibu gunakan kalau nak ke mana2 ialah scooter. Huhu. Apa nak buat, dah tu je yg ada time tu. Tu kira syukur ada dari takde ye tak. Ibu plak kena pegi spital 2 kali setiap 2 minggu tuk check-up dan amik darah, kira follow-up untuk diabetes ibu tula. Maknanya 4 kalila sebulan. So, berulang alikla ibu ke Hospital Selayang dari umah arwah atok kat cheras tu. Kenala bwk sendiri sbb ayah dadik ada kat Sarawak, keje. Asal langgar batu ke, lubang ke. or jalan tak rata, mulela mat darwisy yg kat dalam perut ibu tu menendang sekuat hati. Ibu pon konpius, dadik marah ke atau dadik excited terlompat2 dlm perut ibu?? Hehe... Tpi nasib adik duk dlm perut, so bila ujan takla adik basah. Sayang anak ibu.

Tu cite time pregnant. La ibu nak cite pegalaman ibu nak melahirkan adik plak. Yg sebenar2nye, due ibu ialah pada 7 November 2007, dan ibu mmg dinasihatkan supaya masuk spital pada 6hb kalau ibu tak rase pepe kontraksi sepanjang tempoh tu. Tapi ibu n ayah ni dah konpius daa.. Yela, mane taknye.. Ada yg kate jangan masuk spital dulu kalau tak sakit, nanti doktor paksa bersalin kate derang. Dan khabarnye sakiiittt sesangat bile kena paksa tu. Ada pulak yg suruh ibu pergi je sebab ibu kan ada diabetes, so risaula kot pepe jadik kan. Pastu, pikir punya pikir, ibu n ayah decide nak masuk je spital walaupon ibu lom rasa sakit dan ape tanda nak bersalin pon takda. Sbg langkah berjaga2la kiranya. Sape tak sayang anak oiii!!! Anak pertama plak tu kan, takde pengalaman lagi. Tapi ibu bukan pegi 6hb mcm yg doktor nasihatkan, tapi keesokannya, 7hb iaitu tul2 tarikh due adik. Sedangkan ibu patutnya dah bersalin hari tu. Mintak maap ye doc.. Huhu.. Eh, dah dekat kul3 ropenye. Alamak, ibu kena stop dulu ni, nak masak tuk sahur. Cian plak ayah kalau tak sahur nanti, tapi ayah tak kesah pon sebenarnye. Wokey, later2 kite continue ye.. Byeeeee. Selamat Bersahur!

Wednesday, September 17, 2008

Wajah Baru Lahir Si Manja Darwisy





Sunday, August 3, 2008

Monday, June 16, 2008

Buat Arwah Atuk & Enche Yang Tersayang...Al-Fatihah...

Untuk pengetahuan semua, arwah Atuk dan Enche Muhammad Darwisy telah pun kembali ke rahmatullah baru-baru ini. Dalam diam-diam Atuk pergi meninggalkan kita pada 16 Mac yang lalu tanpa sesiapa menemani. Atuk meninggal ketika tido berseorangan di atas katil. Sebelum tu Atuk mengadu badan Atuk letih sangat dan nak berehat. Dan tanpa diduga, Enche menuruti arwah Atuk pula pada 6 Jun yang lalu. Enche juga pergi senyap-senyap tanpa sesiapa menyedari saat-saat Enche menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sedangkan waktu tu Pak Long dan Ammu ada temankan Enche kat rumah. Memang tak sangka sebab semua ingat arwah Enche tengah tido masa tu. Enche pon mengadu juga sebelum tu yang badan Enche cam lemah je dan nak berehat. Rupa-rupanya Allah lebih menyayangi Enche. Sedihnya hati ibu hanya Allah yang tahu. Ibu kehilangan dua insan yang sangat-sangat ibu sayangi dalam masa yang sangat singkat. Dan yang paling menyedihkan ibu, ibu tak sempat melihat wajah Atuk dan Enche sebelum disemadikan apatah lagi memandi dan menyembahyangkan arwah mereka berdua. Tapi ibu redha, yang penting urusan pengurusan jenazah arwah Atuk dan Enche berjalan dengan lancar. Terima kasih dari ibu buat semua yang terlibat.

Wednesday, June 4, 2008

Hai.. Jumpe Lagi Kita Ye

Arini dh 4hb, lagi 4 hari Muhammad Darwisy nak masuk 7 bulan dah. Dah besar ropenye anak ibu dan ayah ye. Waktu ibu menaip ni adik ngah tido atas sofa. Ayah lak kat balai tak balik2 lagi. Ada orang nak jumpa katanya. Sebelum tu ayah bawak adik dan ibu makan kat Bandung. Ibu pekena sup ekoq,leh tahanlaa. Ayah plak nasi paprik. Cian ayah, lauk paprik ayah penuh kicap jek, dahla takde isi. Hehe... Takpe,lain kali kita pekena kat warung lain plak ye yah.

Sekarang ni adik suka ‘pumping’ tau. Lagi2 time waktu ngah suke. Cam time ibu dan ayah pandang dia ke,kena agah ke. Nak tau camne adik pumping?? Ala,cam ayah pumping la. Adik angkat dada tinggi2,kaki dan tangan adik luruskan. Cam terer jek Hehe
Kalo ngah merengek plak, adik sujud. Adik angkat ontot tinggi2 na, pastu campak badan ke kanan, sujud lagi,campak ke kiri plak. Begitulah seterusnya. Macam2la dadik ni.

Muhammad Darwisy pon dah terer main walker tau. Berdesup ke sana, berdesup ke sini. Kalo main kat beranda umah, jap je dah sampai hujung palang. Sebenarnya lame dah ayah beli tapi oleh kerana adik kecik lagi, ibu naikkan kejap2 je. Enche pon dah pesan jangan naikkan dulu takut pembentukan tulang adik tak cantik lagi. Maklumla, baru 6 bulan kan. Ni pun dah 3 hari adik tak naik walker, saja ibu tak kasik. Sesekali lehla, tunggu adik besa sikit dulu ye. Nanti hari2 ibu kasik adik main k. Biasanya adik naik walker time teman ibu masak kat dapur. Yelaa, cian ibu sorang2 tau.

Adik pandai niarap start umur adik 4 bulan setengah. Sebelum tu adik dah banyak kali cuba. Cuba2 tak lepas, cuba lagi pon takleh gak. Nak tau tang mane yang tak lepas?? Part tangan adikla. Tapi lepas tu adik berjaya gak meniarap. Suke tul Muhammad Darwisy pastu, asik meniarap aje kejenye, sampaikan tido pon nak meniarap gak. Bila ibu terlentangkan, mesti die pusing balik. Ish..ish..ish.. ibu takut sakit dada je nanti kalo slalu2 sgt. Tu bab tiarap, bab terlentangnye ape cite plak. Nila ibu nak cite.. ropenye adik baru pandai iarap je, lom reti terlentang. So,kalo dah lame sangat meniarap nanti adik ok ek ok ek la panggil ibu atau ayah mintak tolong terlentangkan. Yelaa, penat tau asik tiarap je. Bile ayah dah terlentangkan adik senyumla.

Satu hari tu kan, ibu ngah surf internet, Muhammad Darwisy plak ngah main sensorang. Tibe2 ibu rase nak pandang adik. Pastu adik pon pandang ibu gaks. Tak semena2 adik campak badan adik ke kanan. Sebelum tu adik ngah tiarap. Pastu adik tiarap balik, dan2 campak ke kiri plak, laju plak tu. Bangun lagi, campak lagi, berkali2 sambil ketawa. Oooo, ropenye anak ibu ni dah pandai terlentang. Nak tunjuk kat ibula tu ye. Yelaa.. pandai Muhammad Darwisy ye.

Sampai ke saat ni Muhammad Darwisy nye peberet tetap satu. Suke nyot2. Hehe. Pantang kalo ibu babam sebelah die, tau2 je. Tapi walaupon camtu, adik takdela asik nak berkepit ngan ibu je. Adik tetap cam dulu, pandai main sorang2 sambil tengok peberet channel adik, Alaa, Cartoon Network tuee, takpon Disney Channel. Semestinye Tom & Jerry la. Hehe.

Ni ibu nak cite skit, kelmarin kan ibu tibe2 sakit kat ulu hati tau. Sakit sangat2, tak taula camne ibu nak gambarkan dik. Sakit cam nak beranak dulu pon ada. Hehe. Cuma bezanya dulu sakit kat perut. Start sakit dalam kul1.50 pagi gitu. Mule2 ibu tahan je, doa mintak2 kejap jela sakitnye. So ibu tak kejutla ayah. Cian kat ayah, sebab esok tu ayah ‘on’. Nanti tak cukup tido pulak. Tapi tahan punye tahan, ropenye tak baik2 jugak. Lame2 ibu pon tak tahan, terpaksa gak kejut ayah. Time tu dah dekat kul3 pagi. Ayah terus ajak g spital. Adik pon terjaga, siap jatuh tilam lagi. Hehe. Tapi jatuh2 terus tiarap then capai menan. Hehe. Muhammad Darwisy ni memang, menan aje. Padahal ngah ngantuk tu. Sepanjang jalan ke spital, adik duk kat pangku ayah sambil ayah drive. Jauh gakla spitalnye. ibu duk bongkok je dalam keta. Takleh nak tegak dah, sakit sesangat. Pas makan ubat tak baik lagi. Lame pas subuh baru rase lega sikit. Alhamdulillah, syukur pada Allah. Ibu bukan ape, ibu kesian sgt kat Muhammad Darwisy sebenarnye. Kalau ibu sakit lame2 siapa yang nak uruskan dan layan adik. Stakat nak main, makan, tukar pampers tu lehla ayah tolong. Tapi kalau adik nak susu?? Tak dapek ayah nak nolong der. Hehe. Adik dahla tak layan susu2 tepung ni. Ibuu jugak.

Wednesday, May 21, 2008

Assalamualaikum Semua...

Pertama sekali ibu nak Muhammad Darwisy tau, ibu dan ayah create blog ni khas untuk anak kesayangan ibu dan ayah ni. Supaya adik leh tau kisah hidup keluarga kita.. yg paling penting proses pertumbuhan dan perkembangan Muhammad Darwisy dari sejak lahir sampaila ke besar. Tapi kalau ada sesiapa yg sudi nak baca blog adik ni, tersangatla ibu alu-alukan, terutamanya kat cik gha sorang tu. Hehe...

Sekarang ni Muhammad Darwisy dah masuk 6 bulan. Dah makin macam2 nak dibuatnya. Salah satu peberet dia duk 'ngemas' bakul barang2 body care dia yg kaler merah ni. Abis semua dikorek2, siap kene puk lagi tue. Bila ibu panggil dia ketawa2 plak, cam tak bersalah jek. Hehe. Sekarang ni M.Darwisy ngah tido. Ngantuk sangat agaknya, lama tul tak jaga2. Sebelum tu dia merengek mintak ibu tidokan. Ape lagi kalau bukan nak nyot2. Ha, tu pon salah satu kegemaran diala tu.