Thursday, September 18, 2008

Detik-Detik Kelahiran Darwisy Tersayang

Wokey.. Sekarang ibu nak cite serba sedikitla pengalaman ibu sepanjang mengandung hinggalah saat melahirkan anak ibu ni. Untuk pengetahuan semua, time pregnant dulu ibu telah disahkan menghidap 'diabetes semasa mengandung'. Tapi Alhamdulillah la, penyakit tu sekadar nama saje pada kandungan ibu sebab sepanjang ujian darah dijalankan, kandungan gula dlm darah ibu sentiasa berada pada paras normal. Kandungan ibu pon sihat walafiat kata doktor. Semua tu tanda kasih dan sayang Allah yang tak putus2 pada umatnya. Syukur Alhamdulillah.

Sepanjang mengandungkan adik, ibu pon tak terlepas dari 'penyakit org mengandung' ni.. apelagi kalau bukan morning sickness. Bau busuk sikit jek nak muntah. Tapi tak muntah pon, loya2 jela. Tapi kalau ibu makan, biasanya mmg ibu akan muntah. Ibu plak mmg takda selera mkn tau time mula2 pregnant dulu. Satu hari tak makan pon takpe. So, bila dah tak makan tu, ubat yg doktor kasik pon ibu 'miss' jugakla. Huhu. Tapi ibu syukur sesangat sebab alahan tu cuma kejap je ibu alami. Dalam sebulan kot, ibu pon dah tak brape ingat daa.. Lepas tu Alhamdulillah la.. ibu mmg tak alami pepe alahan langsung sampaila adik selamat dilahirkan. Sakit2 pinggang ke, mengah2 (sesak nafas) ke, ape pn takda. Rasa cam tak pregnant pulak, selain perut yg makin memboyot la. Hehe.. Kalau adik nak tau, ibu siap leh teman cik gha shopping raye lagi tau. Masa tu dah 8bulan lbh rasenye. Exercise la kira2nye tu. Satu lagi pengalaman ibu yg ibu nak kongsi kat sini ialah sepanjang ibu duk kat kl, kat umah arwah atok tu kan, transport yg ibu gunakan kalau nak ke mana2 ialah scooter. Huhu. Apa nak buat, dah tu je yg ada time tu. Tu kira syukur ada dari takde ye tak. Ibu plak kena pegi spital 2 kali setiap 2 minggu tuk check-up dan amik darah, kira follow-up untuk diabetes ibu tula. Maknanya 4 kalila sebulan. So, berulang alikla ibu ke Hospital Selayang dari umah arwah atok kat cheras tu. Kenala bwk sendiri sbb ayah dadik ada kat Sarawak, keje. Asal langgar batu ke, lubang ke. or jalan tak rata, mulela mat darwisy yg kat dalam perut ibu tu menendang sekuat hati. Ibu pon konpius, dadik marah ke atau dadik excited terlompat2 dlm perut ibu?? Hehe... Tpi nasib adik duk dlm perut, so bila ujan takla adik basah. Sayang anak ibu.

Tu cite time pregnant. La ibu nak cite pegalaman ibu nak melahirkan adik plak. Yg sebenar2nye, due ibu ialah pada 7 November 2007, dan ibu mmg dinasihatkan supaya masuk spital pada 6hb kalau ibu tak rase pepe kontraksi sepanjang tempoh tu. Tapi ibu n ayah ni dah konpius daa.. Yela, mane taknye.. Ada yg kate jangan masuk spital dulu kalau tak sakit, nanti doktor paksa bersalin kate derang. Dan khabarnye sakiiittt sesangat bile kena paksa tu. Ada pulak yg suruh ibu pergi je sebab ibu kan ada diabetes, so risaula kot pepe jadik kan. Pastu, pikir punya pikir, ibu n ayah decide nak masuk je spital walaupon ibu lom rasa sakit dan ape tanda nak bersalin pon takda. Sbg langkah berjaga2la kiranya. Sape tak sayang anak oiii!!! Anak pertama plak tu kan, takde pengalaman lagi. Tapi ibu bukan pegi 6hb mcm yg doktor nasihatkan, tapi keesokannya, 7hb iaitu tul2 tarikh due adik. Sedangkan ibu patutnya dah bersalin hari tu. Mintak maap ye doc.. Huhu.. Eh, dah dekat kul3 ropenye. Alamak, ibu kena stop dulu ni, nak masak tuk sahur. Cian plak ayah kalau tak sahur nanti, tapi ayah tak kesah pon sebenarnye. Wokey, later2 kite continue ye.. Byeeeee. Selamat Bersahur!